Thursday, December 31, 2009

Teguh

Terdengar lagu kegemaranku dalam radio Sinar FM..
Sangat suka lagu ni since school days... sampai sekarang...

Selamat tinggal 2009...





Teguh

Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti

Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan

Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta

Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia

Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku

Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta

Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu

Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu ( 2X )

Wednesday, December 30, 2009

Hari terakhir dalam tahun 2009

Hari terakhir dalam tahun 2009...
New Hijrah...
Harap dapat membawa kenangan2 yang happy jer untuk tahun 2010..
Nak tinggalkan semua kenangan pedih dan sedih....

Kepada kengkawan semua.. moga happy selalu....

Thursday, December 24, 2009

Hari ke 60

Hari ni sudah hari ke 60...
Baby Mikael pun sudah pandai membalas kata2..
Hmm... Baby Airisya.. yang notty tu sedang duduk di atas dining table menghabiskan butter cake yang dibuat semalam...
Semalam takde sapa pun teringin nak makan.. hari ni macam tak cukup2..

Baby Mikael pun dah pandai taknak tidur siang...

Baby Mikael dah 60 hari... aduhhh sakit mata tengok flash...

Tuesday, December 22, 2009

Moist milo cake

Berbekalkan tools yang sama..


My moist milo cake..
Resepi sendiri sebab tak perasan Batrisyia dah abiskan cooking chocolate..
So mix and match guna milo...

Resepi moist milo cake

1 cawan butter
1 cawan gula icing
Campuran 4 sudu besar milo, 1/2 cawan susu cair, 1 sudu besar susu pekat dan 1/2 cawan air panas
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 cawan tepung kek

pukul butter ngan gula icing sampai kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau adunan.
Masukkan esen vanila. Kacau lagi.
Masukkan campuran milo dan kacau.
Masukkan tepung secawan demi secawan. Gaul sebati.
Griskan loyang dan masukkan adunan bakar selama 40 minit dengan suhu 180

Untuk krim coklat...
1 sudu besar milo
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1 sudu besar mentega

Campurkan bahan 1 hingga 3 dan panaskan atas api perlahan.
Setelah cukup pekat masukkan mentega.
Masak hingga menjadi pekat dan sejukkan sebelum disapukan atas kek...

Batrisyia sangat suka kek ni.. dah 3 kali buat dalam cuti bersalin ni

Simply eggless butter cake

Sedih melihatkan kepada my baking tools...
4 pieces tools kalau plus ngan sudu...
Tapi that doesn't matter.. as long as cake yang dibuat menjadi...


Hari ni just try my luck by creating a simply eggless cake...
Actually dah pukul butter ngan gula baru perasan telur dalam fridge dah abis..
So terpaksa create ways to overcome...

My simply eggless butter cake recipe

1 cawan butter
1 1/2 cawan gula icing
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung kek

Pukul butter dengan gula sampai kembang. Pukul lebih kurang jer janji sebati...
Masukkan susu cair kacau sebati dan masukkan esen vanila.
Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
Masukkan tepung secawan demi secawan dan kacau adunan hingga sebati.
Griskan loyang masukkan adunan kek.
Bakar dalam suhu 180 untuk 40 minit...

Kek nya lebih fluffy dari guna telur cuma ada skit break line..
kena usaha lagi ni...
Pastikan kek telah betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang..
Rasa cam dah ok.. tapi lebih prefer buat dalam cup especially yang kecik2 tu sebab the kids lebih suka cupcake dari kek sebiji camni....

Rumahku Syurgaku

Tak tau nak mula dengan apa...
Rumah yang baru tak baru juga siap direnovate...
Masih ada kerja yang belum siap di bahagian dapur...
Tunggu next budget...

So far ini yang dah siap setakat ni





Living 1



Living II (ada playpen for temporary hingga Mikael besar skit, ganti ngan kerusi nanti)


Entertainment area (Sibuk jer Elisya n Batrisyia nak enterframe)


Way to wet area (Ke ruang membasuh)


Alhamdulillah... walau masih ada work in progress tapi so far happy with the outcome...

Creamy carbonara

Erm... updates on more makanan...
Kali ini makanan kegemaran anak sulungku and her daddy...
Creamy carbonara spaghetti....

Al Dente.. khas untuk Airisya supaya makan tak comot


Creamy Carbonara


Resepi creamy carbonara...
Simple.. mudah .. cepat.. aku nyer style..
janji hubby n anak2 suka... korang tak suka pun tak apa...

1 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih didadu kecil2
seketul dada ayam dipotong kiub/dihiris nipis (ikut suka korang ler)
Cendawan butang dihiris nipis (amount ikut korang.. kalau tak suka cendawan tak letak pun takpe)
Sosej ayam... kalau suka
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung gandum bancuh bersama 3/4 cawan air
garam secukup rasa
1 camca teh italian herbs utk spaghetti

Panaskan mentega.
Masukkan bawang putih.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan air.
Masukkan susu cair. Kacau n biar mendidih.
Masukkan ayam.
Masukkan sosej.
Masukkan garam.
Kacau and biar mendidih seketika.
Masukkan bancuhan air and tepung gandum.
Kacau sebati dan biar mendidih.
Kalau tak cukup pekat leh masukkan sikit lagi bancuhan tepung.. ikut keadaan...
Masukkan italian herbs... tutup api...

Resepi di atas cukup utk 1/2 packet spaghetti yang direbus..
Boleh ler satu family kecil seperti aku makan... 2 dewasa 3 kanak2... Baby Mikael takleh makan lagi...
Jangan lupa spaghetti tu hendaklah direbus dengan sedikit garam n minyak masak....

Thursday, December 10, 2009

Huruf k dan n

Rasa cam tak sesuai plak title blog aku ni ngan cerita yang ada...
Cam nak kena tukar je kedudukan huruf k dan n dalam perkataan paling last tu...
HIDUP PENUH MAKAN....
Hahaha...

Satay

Kali ni aku tak nak cerita pasal apa yang aku masak or bakar...
tapi pasal satay yang hubby aku beli.. orang lain masak...
Sepanjang aku makan satay.. sangat jarang aku makan satay daging... selalunya ayam.. ayam.. ayam...
But kali ni aku nak promote satay best punye... satay daging capital...
Aku pun tak tahu kenapa.. tapi satay daging dia memang sedap...
Aku yang tak berapa gemar satay daging dah jadi berantu dengan satay daging capital...
Thanx to my hubby yang bawak balik for us to try... opisnya nearby capital...
Aku rasa setakat ni satay tut tut tut pun takleh lawan this one...
Cubalah try... tak rugi.. tapi mesti order satay daging tau...
Coz satay ayam dia aku pun tak pernah rasa lagik...

Bosan

Bosan memikirkan tajuk kertas individu untuk course minggu depan...
Argghhh tensennya... nak siapkan slide presentation lagi....
Bosan.. pening... tension...
Buat apa lagi.. membakar ler...
Siap sudah messy chocolate moist cake untuk hari ini...
Kek yang dibakar kerana bosan... pening dan tension...



So... sambung balik bosan dan pening kepala...
At least adalah juga post untuk hari ni.... huhu...

Wednesday, December 9, 2009

Hari ke 45

Hari ini aku merdeka.... hari ke 45 setelah berpantang 44 hari...
Kenapa 44 hari... aku pun tak tahu... itu pesan mak.. mungkin juga pesan mak kepada mak aku..dan mak kepada mak mak aku...
Tapi bukan itu yang aku nak cerita hari ni...
Setelah 2 minggu bersalin anak ke-4 pada 26hb Oktober 2010, aku sendiri mengendalikan urusan rumahtangga dan berpantang...
Bila tinggal sendiri banyaklah pantang yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa...
So ini beberapa hasil kerjatangan aku sepanjang tempoh aku sendirian berpantang dan berperang dengan 4 askar kecil...

3d "popcakes" bak kata anak-anak aku... Oleh sebab si kecil meragam serta daya imaginasi dan kreativiti aku yang terhad maka 4 design ni saja yang sempat aku siapkan...



Ladybug

Bed of roses


Mocha homemade ice cream.... aku buat 2 hari sebelum habis pantang supaya pada hari ke 45 ni aku dapat makan bersama anak-anakku.... Salah satu sebab aku buat ice cream ni ialah kerana 2 orang kakak yang asyik minta dibelikan aiskrim.. tapi oleh sebab aku sukar nak bergerak dengan ada baby Mikael yang baru masuk hari ke 45 jadi aku buatlah dengan bahan-bahan yang ada di rumah...



Dengan hari ke 45 ni juga aku nak ajak hubby gi dinner kat luar lah... ermmmm... macam tak makan setahun pulak.... huhuhu