Wednesday, December 9, 2009

Hari ke 45

Hari ini aku merdeka.... hari ke 45 setelah berpantang 44 hari...
Kenapa 44 hari... aku pun tak tahu... itu pesan mak.. mungkin juga pesan mak kepada mak aku..dan mak kepada mak mak aku...
Tapi bukan itu yang aku nak cerita hari ni...
Setelah 2 minggu bersalin anak ke-4 pada 26hb Oktober 2010, aku sendiri mengendalikan urusan rumahtangga dan berpantang...
Bila tinggal sendiri banyaklah pantang yang terlupa atau sengaja buat-buat lupa...
So ini beberapa hasil kerjatangan aku sepanjang tempoh aku sendirian berpantang dan berperang dengan 4 askar kecil...

3d "popcakes" bak kata anak-anak aku... Oleh sebab si kecil meragam serta daya imaginasi dan kreativiti aku yang terhad maka 4 design ni saja yang sempat aku siapkan...



Ladybug

Bed of roses


Mocha homemade ice cream.... aku buat 2 hari sebelum habis pantang supaya pada hari ke 45 ni aku dapat makan bersama anak-anakku.... Salah satu sebab aku buat ice cream ni ialah kerana 2 orang kakak yang asyik minta dibelikan aiskrim.. tapi oleh sebab aku sukar nak bergerak dengan ada baby Mikael yang baru masuk hari ke 45 jadi aku buatlah dengan bahan-bahan yang ada di rumah...



Dengan hari ke 45 ni juga aku nak ajak hubby gi dinner kat luar lah... ermmmm... macam tak makan setahun pulak.... huhuhu

No comments:

Post a Comment